Skip to main content

DNA : UJIAN GENETIK YANG MENGUBAH HIDUP

Dunia sekarang semakin canggih. Dengan darah yang kurang sesudu teh, saintis dapat mengesan lebih 2500 jenis masalah kesihatan yang dialami, malah yang bakal datang satu hari nanti.
           500 daripadanya mampu dirawat awal melalui sesudu teh darah itu juga, ujian genetik sudah dapat mengesan apa yang bakal dihadapi seorang bayi apabila meningkat dewasa. Saintis turut dapat memeriksa kesemua 21000genetik yang mengalami mutasi yang mampu meningkatkan risiko pelbagai penyakit.
           Bayangkan, melalui ujian ringkas DNA, kita dapat mengetahui sama ada anak kita mempunyai risiko diabetes di masa depan lantas boleh mengawal diet anak-anak dari awal.
            Jika mereka berisiko untuk menghidap asma yang kronik, langkah pencegahan seperti tidak membela haiwan atau menghindar pengambilan sebarang makanan yang boleh menjadi pencetus masalah tersebut.
            Topik menarik mengenai ujian genetik baru yang mampu mendedahkan risiko-risiko penyakit yang bakal dihadapi seorang individu seawal usia bayi ini menghiasi muka depan majalah Time edisi 24 Disember lalu di bawaj tajuk Want to Know My Future?
             Di dalam artikel empat halaman di bawah segmen Kesihatan dan Genetik, penulisnya menyatakan pemeriksaan terhadap 23 genetik dapat mendedahkan rawatan kemoterapi yang mana t idak dapat mengubat bakal pesakit kanser payudara, pengetahuan yang turut dapat menyelamatkan sejumlah besar wang daripada dibazirkan untuk rawatan yang salah.
               Pelbagai masalah kesihatan dapat dikeca awal sebelum ia muncul melalu pemeriksaan DNA, contohnya Alzheimer,  diabetes, kanser, Parkinson, glukoma, dementia, epilepsi, fibroid, obesiti dan bermacam-macam lagi.

Harga

                  Harga ujian genetik iaitu pemetaan genom manusia ini hanya AS$7500 dan dijangka semakin menurun. Diramalkan pada masa depan, ujian ini akan semudah menjalani ujian kehamilan di farmasi!
                   Ujian genetik dilakukan dengan memeriksa setiap genetik khusus (kromosom) bagi memastikan adakah sebarang masalah pada genetik tersebut.
                    Setengah penyakit berpunca daripada satu mutasi manakala yang lain melibatkan gabungan kompleks beberapa genetik dan faktor persekitaran.

Keburukan

                    Menentukan masa depan hanya dengan satu ujian ringkas? Bunyinya memang hebat! Namun, bukan semuanya indah belaka. Kadang-kala pengetahuan yang lebih tentang masa depan membuatkan kita tidak tenteram malah mungkin jadi gila.
                     Bayangkan jika ibu bapa mengetahui anak mereka mempunyai genetik ApoE4 yang berisiko tinggi untuk menghidapai Alzheimer. Mereka mungkin tidak membenarkan anak berkenaan aktif bersukan dan beriadah seperti kanak-kanak lain memandangkan kajian mengatikan kecederaan otak berkemungkinan besar menyebabkan penyakit otak kepada mereka yang positif ApoE4.
                     Kanak-kanak tersebut akan kehilangan pengalaman berharga ketika membesar kerana terlalu takutkan sesuatu yang belum pasti.
                     Bila ibu bapa mengetahui anak-anak mereka bakal berdepan dengan kanser usu besar atau payudara, bagaimana perasaan mereka dan tekanan yang bakal dihadapi.
                      Bagaimana pula dengan nasib bayi yang dikesan pada mutasi genetiknya bakal menyebabkan dia mengalami dimentia seawal usia 40 tahun?
                       Dengan memaklumkan kepada ibu bapa dari awal pastinya membuatkan kanak-kanak tersebut tidak layak mendapat insurans diri untuk jangka masa panjang lalu menuntut sejumlah wang yang besar bagi merawatnya sendiri.
                       Malah sebenarnya, walaupun harga ujian genetik tidak terlalu mahal dan semakin menurun, pelbagai ujian lain yang akan dilakukan dan lebih kerap bagi memeriksa keseluruhan badan sebarang progres penyakit yang diramalkan, walaupun sebenarnya ia belum tentu akan muncul.
                      Cabaran timbul kepada para doktor pula. Sebanyak mana mereka perlu memaklumkan ibu bapa. Maklumat mereka mungkin dapat menyelamatkan nyawa ramai pesakit dang mengurangkan kos perubatan, tetapi ia juga pasa masa sama membebankan perasaan dan fikiran mereka.
                      Ada yang berpendapat segala maklumat daripada ujian genetik tersebut disimpan oleh hospital terlebih dahulu dan hanya didedahkan bila pesakit mencapai usia tertentu untuk melakukan langkah berjaga-jaga.
                      Namun sejauh manakah jaminan 'rahsia' itu disimpan? Dalam hal ini, walaupun pengetahuan tentang masa depan boleh dianggap sebagai satu rahmat dan kelebihan untuk mengubah takdir, tetapi ia perlu dibayar dengan ganguan emosi yang dihadapi daripada itu.
                      Malah, pesakit yang terjebak dengan ujian genetik ini perlu bersiap-sedia sebarang kemmungkinan berdepan dengan kehilangan daya atau nyawa dalam tempoh yang awal.

PENGEKODAN PENYAKIT

  • Ujian genetik dapat mengesan lebih 2500 masalah kesihatan setakat ini, 500 daripadanya mampu dirawat.
  • Saintis turut dapat memeriksa kesemua 21000 genetik yang mengalami mutasi yang mampu meningkatkan risiko pelbagai penyakit.
  • Harga ujian genetik hanya AS$7500 dan harganya dijangka turun mendadak.
  • Imbasan keseluruhan kod genetik seseorang dapat membantu mengesan penyakit misteri tetapi keputusan yang kabur juga menyebabkan pesakit dihantui kebimbangan.
      
  • GENETIK INDIVIDU                                                                                                                     bayangakan DNA sama seperti ensiklopodia. Ujian terhadap genetik khusus umpama memilih jilid tertentu  (kromosom) dan memeriksa salah ejaan pada muka surat tersebut.
  • PEMADANAN MASALAH
    Setengah penyakit berpunca daripada satu mutasi manakala yang lain melibatkan gabungan kompleks beberapa genetik dan faktor persekitaran.

    -Penyusunan Genom



Comments

Popular posts from this blog

KICK ASS 2 Restricted RED BAND Trailer 2 (18+)

Malaysia Mengalu-alukan dunia

  kredit   oleh :  Zanariah   Abd   Mutalib   (zanariah_mutalib@bh.com.my)   Kemeriahan   Tahun   Melawat  Malaysia (TMM) 2014  begitu   cepat   dirasai   sebaik   saja   melangkah   ke   tahun   baru ,  dengan   pelbagai   sambutan   diadakan  di  seluruh   negara   untuk   meraikannya .   Pelancong   luar  yang  tiba   bermula  1  Januari   lalu   sama   ada   melalui   darat ,  udara   dan  air di  seluruh   negara   bukan   saja   begitu   teruja   dengan   suasana   sambutan  yang  diadakan  di 37  pintu   masuk   ke  Malaysia,  malah   mereka   tidak   sabar   untuk   merasai   sendiri   keunikan   negara   ini  yang kaya  dengan   kepelbagaian   budaya .   Sambutan   khas  yang  dianjurkan  Tourism Malaysia  dengan   kerjasama   kerajaan   negeri   itu   ternyata   membangkitkan   perasaan   teruja   daripada   awak   lagi   untuk   menerokai  Malaysia.  dengan   menyajikan   pelbagai   elemen   menarik   melalui   persembahan   kebudayaan  yang  ditampil