Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

DNA : UJIAN GENETIK YANG MENGUBAH HIDUP

D unia sekarang semakin canggih. Dengan darah yang kurang sesudu teh, saintis dapat mengesan lebih 2500 jenis masalah kesihatan yang dialami, malah yang bakal datang satu hari nanti.            500 daripadanya mampu dirawat awal melalui sesudu teh darah itu juga, ujian genetik sudah dapat mengesan apa yang bakal dihadapi seorang bayi apabila meningkat dewasa. Saintis turut dapat memeriksa kesemua 21000genetik yang mengalami mutasi yang mampu meningkatkan risiko pelbagai penyakit.            Bayangkan, melalui ujian ringkas DNA, kita dapat mengetahui sama ada anak kita mempunyai risiko diabetes di masa depan lantas boleh mengawal diet anak-anak dari awal.             Jika mereka berisiko untuk menghidap asma yang kronik, langkah pencegahan seperti tidak membela haiwan atau menghindar pengambilan sebarang makanan yang boleh menjadi pencetus masalah tersebut.             Topik menarik mengenai ujian genetik baru yang mampu mendedahkan risiko-risiko penyakit yang bakal dihadapi seora