kredit oleh : Zanariah Abd Mutalib (zanariah_mutalib@bh.com.my) Kemeriahan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 begitu cepat dirasai sebaik saja melangkah ke tahun baru , dengan pelbagai sambutan diadakan di seluruh negara untuk meraikannya . Pelancong luar yang tiba bermula 1 Januari lalu sama ada melalui darat , udara dan air di seluruh negara bukan saja begitu teruja dengan suasana sambutan yang diadakan di 37 pintu masuk ke Malaysia, malah mereka tidak sabar untuk merasai sendiri keunikan negara ini yang kaya dengan kepelbagaian budaya . Sambutan khas yang dianjurkan Tourism Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri itu ternyata membangkitkan perasaan teruja daripada awak lagi untuk menerokai Malaysia. dengan menyajikan pelbagai elemen menarik melalui persembahan kebudayaan yang ditampil